Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk: Cinta & Sumpah Mati Sunil Soraya

Foto oleh Soraya Intercine Films

Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk adalah sebuah film blokbuster Indonesia yang diterbitkan oleh Soraya Intercine Films.

“Satu lagi produksi Soraya Films? Pasti sehebat 5cm,” hati kecil saya berkata saat pertama kali mendengar khabar tentang filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (TKVDW).

Lalu saya pun mengatur rencana untuk menontonnya di pawagam secepat yang mungkin.

Saya melangkah ke Tanah Jawa dengan harapan yang besar agar karya terbaruĀ  Soraya Films (Soraya Intercine Films) ini tidak mengecewakan saya. Dan ternyata, filem arahan Sunil Soraya dan diterbitkan oleh Ram Soraya dan Sunil Soraya ini tidak menghampakan harapan saya.

Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk, sebuah filem yang diadaptasikan daripada mahakarya penulis agung, Hamka yang ditulis semula oleh Donny Dhirgantoro dan Imam Tantowi ini menampilkan nama-nama besar dan baru dunia perfileman Indonesia seperti Herjunot Ali yang memerankan Zainuddin, Pevita Pearce sebagai Hayati, Reza Rahadian sebagai Aziz dan Randy Nidji sebagai Muluk.

Foto oleh Soraya Films

Antara pemeran-pemeran utama filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk, Herjunot Ali, Pevita Pearce dan Reza Rahadian.

Jujur saya katakan, saya belum berkesempatan untuk membaca novel karya agung Hamka ini dan apa yang tuliskan di sini adalah pemahaman saya terhadap filem ini sahaja. Dan seperti yang telah saya bilang sebelumnya, filem TKVDW ternyata tidak menghampakan saya.

Sewaktu menontonnya, saya seolah-olah sedang melihat dunia mimpi fairy tale. Ternyata apa yang ingin disampaikan oleh Sunil Soraya dapat saya rasakan sebagai sebuah mimpi epik sang sutradara ini.

Foto oleh Soraya Films

Antara babak-babak yang ada di dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk.

Konsep visual editing yang diterapkan di dalam filem TKVDW ini boleh saya katakan sebagai sangat berat tetapi konsisten hingga akhirnya berjaya menghasilkan sebuah filem yang mempunyai tone dan genre yang unik dan tersendiri.

foto oleh Soraya Films

Bagi saya, tata visual dan editingTenggelamnya Kapal Van Der Wicjk berada di dalam liganya sendiri dan menjadi pemangkin untuk Sunil Soraya merealisasikan impiannya untuk menjadikan filem ini sebuah mimpi epik yang nyata.

Tahniah kepada sang sutradara TKVDW kerana telah menghasilkan satu karya mimpi yang epik dan gah ini.

Seperti 5cm sebelumnya, Soraya Films sekali lagi berkolaborasi dengan Nidji untuk menghasilkan original soundtracks untuk filem TKVDW ini. Kalau di 5cm sebelum ini saya suka dengan hasil kolaborasi mereka, kali ini, saya telah jatuh cinta dengan kolaborasi mereka.

Foto oleh KapanLagi

Sekali lagi Nidji berkolaborasi dengan Sunil Soraya untuk menghasilkan empat original soundtrack untuk filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Fusion antara aransemen modern dan latar belakang cerita di zaman 1930-an itu cukup berkesan bagi saya.

Walaupun di dalam beberapa babak, tata suara dan ilustrasi musik kedengaran seperti studio dubbing dan mulanya dengan mendadak seperti filem musikal, itu tidak mencacatkan keseluruhan persembahan dan penyampaian filem ini dari segi musik dan tata suara. Tahniah untuk itu.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemeran utama dan pemeran pembantu filem TKVDW kerana telah berjaya memerankan watak mereka dengan sungguh berkesan sekali.

Foto oleh Soraya Films

Penghayatan yang diberikan oleh semua pemeran filem ini sangat berkesan dan sangat saya kagumi.

Terima kasih dan tahniah kepada Herjunot Ali kerana telah berjaya memerankan Zainuddin dengan sangat berkesan sekali, mengikut pandangan saya. Dari apa yang saya lihat, memerankan Zainuddin adalah sangat berat bagi Herjunot Ali, apa lagi terpaksa mempelajari dua dialek, dialek Makassar dan dialek Minangkabau pada satu masa yang sama. Saya akui, saya dapat melihat kesulitan Herjunot daripada menghayati watak ini dengan lebih mendalam, tetapi saya mengagumi beliau dan tahniah dan selamat kepada beliau kerana telah berusaha dengan sangat keras.

Foto oleh Soraya Films

Herjunot Ali memerankan Zainuddin, seorang anak Minangkabau yang dibuang dan dianggap tidak bersuku yang cinta dan sumpah matinya hanyalah untuk Hayati.

Tahniah juga kepada Pevita Pearce yang memerankan permata hati Zainuddin, Hayati dengan sungguh berkesan sekali. Begitu juga dengan aktor prolifik yang saya kagumi, Reza Rahadian, tahniah kerana berjaya memerankan watak antagonis dengan hebat. Saya sentiasa terpegun melihat Reza Rahadian di layar lebar.

Foto oleh Soraya Films

Pevita Pearce yang telah memerankan Hayati bagi saya adalah sungguh berkesan sekali di mata saya.

Tahniah juga diucapkan kepada Randy Nidji, atas penampilan pertama beliau di layar perak.

Kesemua pemeran utama berhasil untuk menghayati watak masing-masing walaupun terkadang lakonan mereka kelihatan sedikit kaku di mata saya, saya tetap mengagumi usaha mereka untuk memberikan yang terbaik dan chemistry di antara mereka jelas kelihatan akrab dan saling melengkapi di dalam filem TKVDW ini.

Foto oleh Soraya Films

Chemistry di antara Herjunot Ali (Zainuddin) dan Pevita Pearce (Hayati) berkesan dan menyentuh sanubari saya.

Ada yang mengatakan TKVDW adalah karya Hamka yang paling hebat dan paling masyhur. Saya setuju. Walaupun saya masih belum sempat untuk membaca novel ini, tetapi Donny Dhirgantoro dan Imam Tantowi berjaya mengadaptasikan elemen sastera yang sangat puitis dan mendalam menerusi dialog-dialog para pemeran di dalam filem TKVDW ini. Tahniah kepada kalian berdua atas naskah adaptasi yang cukup puitis dan indah ini.

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck adalah satu kisah cinta epik antara Zainuddin dan Hayati. Akan tetapi, saya tidak dapat lari dari mentafsirkan filem ini sebagai filem yang mempunyai nilai nasionalisme yang sangat tinggi.

Ya, cinta di antara Zainuddin dan Hayati tidak kesampaian. Sangat menyayat hati. Akan tetapi, semangat nasionalisme yang diselitkan di dalam filem ini adalah pemangkin dan alasan utama bagi saya untuk jatuh cinta dengan filem ini.

Hilangnya Hayati dari hidup Zainuddin bukan berarti Hayati hilang untuk selamanya. Ia adalah detik permulaan baru bagi Zainuddin untuk belajar menerima Hayati adalah sumpah dan cinta matinya.

Dan jatuhnya kuasa Belanda bukan berarti Indonesia akan mati. Tidak. Kejatuhan kuasa Belanda ada detik permulaan untuk Indonesia bersatu dan bersumpah untuk bangkit sebagai satu negara yang bebas dan cinta mati mereka terhadap tanah merah putih ini adalah tali ikatan yang sangat kukuh yang mengikat mereka menjadi satu bangsa yang kuat, bangsa Indonesia.

Foto oleh Soraya Films

Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk, sebuah mimpi epik Hamka yang menjadi nyata. Terima Kasih Sunil Soraya.

Secara keseluruhannya, walaupun filem TKVDW bagi saya masih tidak 100% sempurna kerana masih ada ruang untuk diperbaiki dan dibetulkan lagi, tapi itu tidak bererti saya tidak menyukainya. Saya menyukai cerita ini kerasa usaha mereka untuk menghasilkan satu mimpi fairy tale yang epik telah menjadi satu realiti yang pantas untuk dibanggakan oleh seluruh pencinta dunia filem Indonesia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s